Thursday, January 27, 2011

Kelas Pengajian di Kobah~disampaikan oleh Tok Guru Hj Jusoh

Hari ini merupakan hari yg bertuah bgku...kerana berkesempatan dan diberi peluang oleh Allah S.W.T. utk menghadirkan diri di kelas pengajian hari ini..sungguh bermakna bg ku pabila berada di dlm majlis ilmu seperti ini..'Terima kasih mak'..kerana memperkenalkan aku dengan kuliah kecil seumpama ini..walaupun ia satu kelas pngajian yg biasa di kampung yg kecil,namun,ia amat memberi impak yg besar dlm hidupku..

Guruku memulakan kata2nya..Solat itu pendinding bg org Islam..Solat juga boleh mencegah dr kemungkaran..Beliau memulakan ceritanya..Ada seorang hamba Allah dr Kuala Lumpur,ingin bertanyakan apakah ikhtiar yg boleh dibuat utk suaminya yg suka minum arak..Astaghfirullah..maka beliau pun menjawab, berdoalah pd Allah S.W.T. kerana dgn sekali meneguk arak,mengakibatkan Allah tidak menerima amalannya selama 40 hari..Astaghfirullah..walaupun dia solat,tetapi dgn kesilapan meminum arak td,rosaklah amalan solatnya..Na'uzubillahi min zalik..

Walau bagaimana keadaan sekalipun, solat tetap mesti dikerjakan kerana ia adalah salah satu dari rukun Islam yang lima. Kata guruku,"solat itu adalah doa dr segi bahasanya"."manakala dr sgi istilahnya, dimulakan dgn niat dan diakhiri dgn memberi salam". takbiratul ihram juga mesti didengar oleh tlinga walaupun sedikit.

Apabila ssorg itu syak dlm solatnya, contohnya tertinggal tahiyyat awal,perlulah dia mengerjakan sujud sahwi. Begitu jugak syak dlm solat. Selain itu,apabila tertelan mknn juga perlu sujud sahwi.

Guruku juga menambah, jika ada rasa manis dan masam ketika solat, walaupun ssorg itu telah berkumur2 sblm solatnya, itu adalah dimaafkan. SubhanaAllah..Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.

Selain itu, solat yg dibenarkan slps asar adalah qada solat dan jugak solat asbab.(solat yg mempunyai sebab).Contohnya, masuk masjid. disunatkan utk menunaikan tahiyatul masjid atau solat 2 rakaat.

Selesai guruku menghurai ttg solat..guruku pun berkata,"Buat solat itu hanya semata2 krn Allah. Mesti ada rasa perhambaan kpd-Nya,sifat Ubudiyyah.

Sungguh tertarik dgn kisah seorg yg hidup 500 tahun lamanya. Beliau tinggal di sebuah pulau, tinggal seorang diri,tiada saudara mara,tidak pula mempunyai isteri..Beliau kuat melakukan ibadat, siang berpuasa..mlm pula dipenuhi dgn solat2 sunat..sampai suatu hari,beliau memohon pd Allah supaya mati ketika sujud. Apabila telah sampai ajalnya, maka, malaikat Maut pn menyapanya. Lalu,malaikat memberitahu bahawa dia ingin mencabut nyawa beliau. Apabila diberitahu, beliau meminta izin untuk melakukan solat sunat. ketika solat, malaikat pun mencabut nyawanya ketika sedang bersujud. Alhmadulillah...Allah mengkabulkan permintaannya.

Sesampai sahaja beliau di alam sana, Allah pun berfirman, masuklah engkau ke dlm syurga-Ku dgn rahmat-Ku. Maka, hamba Allah ini pun menjawab,"Aku ingin masuk syurga dgn amalanku, bukan dgn rahmat-Mu". Selepas itu, Allah pun berfirman, "siapakah yg memberi kudrat utk mu utk mengerjakan segala amalan?. Maka beliau pn menjawab, "Engkau yg memberi kudrat itu wahai Tuhanku."